We always be with PALESTINE

Nasihat Dari Murabbiku

“Muliakanlah para ulama’, ilmu dan kitab-kitab mereka. Lazimikanlah dirimu untuk membaca kisah-kisah dan kitab-kitab para Salafus Soleh dan ulama Khalaf yang soleh terutamanya kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazzali kerana ia adalah perbendaharaan dari segala macam ilmu dan penawar yang mujarab bagi penyakit-penyakit hati.”

Sebuah Harapan Dan Doa

Siti Fatimah Binti Abd.Ghaffar

Followers

Monday, June 27, 2011

Renung-renungkan

jom tutup aurat:)


Kadangkala, saya tidak habis berfikir. Mengapa ramai sahabat yang pernah sama-sama bersekolah agama dengan saya dahulu berubah hampir 100%. Sebaiknya, sudah ada background agama dan tahu hukum menutup aurat dengan sempurna akan menjaga auratnya sebaik mungkin sehingga ke akhir hayat. Tetapi sebaliknya.

Tidak kisah sekiranya tidak mahu bertudung bulat labuh dan mahu berfesyen. Islam tidak melarang wanita berfesyen asal tahu batas aurat yang harus dijaga. Usahlah didedahkan aurat yang dahulunya terjaga rapi. 



Pakaian yang dahulu longgar diketatkan, rambut yang dahulu ditutup rapi dijambulkan (yang cabut terus tudung pun ada),pakaian yang dahulu tebal janganlah dinipis dan jarangkan, leher, dada dan lekuk-lekuk yang dahulu hanya disimpan untuk insan istimewa bergelar suami juga hari ini dipertontonkan tanpa ada rasa berdosa. 

Ingat sahabat, mereka yang mengetahui hukum tetapi tetap melakukan perkara di larang agama balasannya nanti lebih berat daripada mereka yang jahil tentang sesuatu hukum. Saya meluahkan kerana masih mencari jawapan dan sayangkan kalian.



Komen saya: 


"Berfesyen tidak salah, asalkan menurut syariat.Allah itu cantik dan menyukai setiap yang cantik.Mulianya wanita kerana kedatangan Islam, namun, sayang kerana kesilapan yang dilakukan, taraf wanita yang diangkat begitu tinggi dalam islam menjadi semakin rendah.Sekadar renungan bersama."


Sumber artikel: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1784437545347&set=a.1342349893432.46428.1671774319&type=1&ref=nf

1 comments:

Amal said...

saya juga sendiri berasa malu melihat ada seorang dari sahabat saya yang bersekolah agama tapi selepas keluar dari sekolah agama dia berubah begitu ketara, rasa sedih dan pelik pun ada.
saya bukanlah seorang yang background dari sekolah agama dulu, tapi Alhamdulillah ALLAh buka pintu hati saya untuk berubah. Banyak perubahan yang saya cuba lakukan termasuklah cara saya berpakaian. Saya melabuh kan tudung saya dan baju saya. Apabila saya terserempak dengan kawan saya tersebut, saya pula yangterasa malu dengannya.