We always be with PALESTINE

Nasihat Dari Murabbiku

“Muliakanlah para ulama’, ilmu dan kitab-kitab mereka. Lazimikanlah dirimu untuk membaca kisah-kisah dan kitab-kitab para Salafus Soleh dan ulama Khalaf yang soleh terutamanya kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazzali kerana ia adalah perbendaharaan dari segala macam ilmu dan penawar yang mujarab bagi penyakit-penyakit hati.”

Sebuah Harapan Dan Doa

Siti Fatimah Binti Abd.Ghaffar

Followers

Monday, August 8, 2011

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA



1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah bersembahyang serta-mertawalau bagaimana keadaan sekalipun. 


2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masadalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arabyang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung denganAllah Taala itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak berguraukerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendakioleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmiyang sia-sia malah menyakitkan hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecampertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yangmemberikan kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui keranaasas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanalah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

0 comments: