 |
Semoga Al-Quran menjadi penawar &
kekasih hati kita.amin3x |
Menghafaz dengan mengulang-ulang bacaan
Mula menghafaz ayat pertama dengan berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. Apabila sudah ingat dengan baik dan jelas ayat yang pertama, maka mulakan menghafal ayat yang kedua dengan kaedah yang sama pada ayat pertama tadi.
Apabila sudah ingta ayat kedua, maka ulang semula membaca secara hafazan pada ayat pertama dan kedua sehingga lancar.
Mula menghafaz ayat ketiga dan apabila sudah ingat dengan lancar, ulang semula dari ayat pertama hingga ketiga sehingga lancar kesemuanya sekali.
Begitulah seterusnya sehingga selesai dihafaz semua ayat yang telah ditetapkan untuk hari tersebut.
Teknik menghafaz Dengan Seorang Teman
Pilih seorang teman yang sama minat dalam menghafaz al-Quran.
Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
Saling menguji ayat yang dihafaz antara satu sama lain.
Teknik Penulisan (Kitabah)
Tulis kembali ayat-ayat yang telah dihafaz.
Kemudian semak semula ayat yang telah ditulis berpandukan mashaf.
Menulis setiap ayat pertama awal muka surat, atau setiap rubu’, atau setiap juzuk, atau setiap surah dalam satu kertas.
Teknik Mendengar
Mendengar bacaan guru dan mengikut bacaan tersebut sehingga menghafaz ayat tersebut atau merakam ayat-ayat Al-Quran yang akan dihafaz kemudian mendengarnya melalui alat audio.Contoh bacaan terbaik yang boleh diikuti ialah bacaan Syeikhul Mahmud Khalil al-Khusairi dari Mesir.
Teknik Pembahagian Ayat (Al-Taqsim):
Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai
Memisah-misahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian. Contohnya mengikut pertukaran cerita dalam surah tersebut.
Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian. Contohnya mengikut pertukaran cerita dalam surah tersebut.
Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
Memisah-misahkan Al-Quran kepada kelompok surah, hizib, setiap 10 juz dan sebagainya.
Demikianlah teknik-teknik hafalan yang dapat saya kongsikan melalui Buku Kaedah Hafazan terbitan Darul Quran.
Pesanan ikhlas dari saya, Al-Quran bukanlah hanya untuk warga Darul Quran atau pun warga Maahad Tahfiz sahaja.Sebaliknya Al-Quran adalah milik kita semua. Saya menukilkan kata-kata ini kerana kerap kali saya mendengar luahan daripada beberapa orang sahabat yang menganggap diri mereka tidak layak untuk menghafal Al-Quran memandangkan mereka bukanlah terdiri daripada warga Darul Quran mahupun warga Maahad Tahfiz yang lain.
Bagi saya, mereka yang memilih untuk menghafal Al-Quran merupakan insan-insan terpilih yang telah dipilih oleh Allah untuk memelihara kalamnya yang suci. Kadang kala, seseorang yang bukan terdiri daripada warga Darul Quran mahupun warga Maahad tahfiz yang lain juga tidak mustahil mampu memiliki hafalan Quran yang menakjubkan dengan izin Allah swt.
Tidak kurang juga ada beberapa individu yang sering mengajukan soalan seperti ini kepada saya, walaupun saya bukanlah penghafal Al-Quran yang mashi.
“Tiada jalan mudah ke untuk menghafal Quran ?. Kalau boleh , saya nak hafal kesemua juzuk dalam Al-Quran dalam masa yang singkat..”
Ini jawapan ikhlas dari saya bagi mereka yang suka bertanyakan soalan-soalan seperti ini.
“Al-Quran adalah kalam Allah. Susah, mudah, panjang dan pendek tempoh untuk menghafal Al-Quran bergantung pada rahmah dan kasih sayang Allah buat hamba-hambaNYA. Ada yang menghafalnya memerlukan tempoh yang panjang. Ada juga yang menghafalnya dalam tempoh yang pendek.
Segalanya bergantung kepada niat dan hati kita. Bagi mereka yang hatinya sentiasa bersih daripada maksiat, mungkin tidak memerlukan masa yang begitu lama untuk menghafal dan mengingati ayat-ayat Al-Quran. Namun, ada juga individu yang mengambil masa yang begitu lama untuk menghafal Al-Quran tetapi ingatannya pada ayat-ayat Al-Quran lebih kuat daripada mereka yang menghafalnya dalam masa yang singkat.
Apa yang penting bagi saya adalah keikhlasan dalam setiap niat kita serta sandaran kita kepada pemberi nikmat untuk menghafaz ayat-ayat tersebut. Bersungguh-sungguhlah dalam berusaha untuk menghafaz dan mengamalkan ayat-ayatNYA. Yang selebihnya kita sandarkan pada DIA. Insyaallah, Dia tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNYA.”
Akhir kata dari saya buat mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang hafalan ini, NAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SATU ALASAN PUN SUDAH CUKUP J JLL. Saya mohon seinfiniti kemaafan atas segala keterlanjuran bicara pada entri kali ini. Siiru a’la barakatillah..
Alfaqirah wal haqirah ilallah
-Siti Fatimah Binti Abd. Ghaffar-
2 comments:
salam
nak request, boleh x buatkan satu artikel berbentuk tasyji' n motivasi utk para huffaz? terutama yg telah khatam.
ana lihat,banyak orang mengajak kepada pelbagai teknik menghafaz tetapi sangat sedikit yg prihatin dengan sebegitu ramai graduan huffaz yang Al-Quran mereka entah ke mana..
ana tunggu tinta motivasi dari sini.syukran.
Wassalam
Masyaallah, ustaz yang request sebenarnya yang lebih layak untuk membuat artikel berbentuk tasyji' n motivasi utk para huffaz? terutama yg telah khatam berbanding dengan diri saya yang faqir ini.Bagi saya, ustaz syafiq lebih banyak pengalaman dalam bidang ini.Walau bagaimana pun, insyaallah suatu ketika nanti akan saya usahakan dengan mengumpul sedikit sumber dari mereka-mereka yang lebih arif dan banyak pengalaman.Insyaallah dengan izin Allah.Wallahu 'alam.
Post a Comment